Jumaat, 1 Februari 2013

Pembukaan Homestay Al-Azim

Selamat datang kepada para pengunjung laman blog kami ini. Untuk makluman semua, Homestay Al-Azim secara rasminya dibuka untuk tempahan secara rasminya pada Januari 2013 selepas kerja-kerja pengubahsuaian telah disiapkan. Kami menyediakan homestay ini adalah untuk kemudahan anda menginap sepanjang percutian atau urusan kerja anda di Muar khususnya. Kini anda tak perlu berbelanja besar untuk keperluan penginapan sementara anda. Penginapan di homestay kami ini bukan sahaja lebih murah malah lebih selesa dan bersih seperti berada di rumah anda sendiri. Homestay kami juga hanya menerima pelanggan MUSLIM sahaja. Homestay ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan para pengunjung. Disamping itu juga, jarak antara homestay dengan pemilik homestay hanya bersebelahan sahaja akan memudahkan lagi untuk anda berurusan dengan pemilik sekiranya terdapat sebarang masalah.

Untuk melengkapkan lagi kemudahan - kemudahan yang ada di homestay ini, kami turut menyediakan perkhidmatan tempahan makanan pagi, tengahari dan malam. Demi kepuasan para pelanggan, kami sedia menerima sebarang maklum balas dari anda. Selamat beristirehat di Homestay Al-Azim. Terima kasih.


Pandangan dari depan sebelah luar

Gambar di atas di ambil dari pandangan hadapan Homestay Al-Azim di bahagian luar. Keadaan persekitaran yang bersih dengan ruang santai ringkas yang dilengkapi dengan meja dan kerusi untuk kemudahan para penyewa berehat mengambil angin di bahagian luar homestay ini. Turut disediakan beberapa buah basikal untuk kanak-kanak bagi penyewa yang telah berkeluarga. Homestay ini juga dilengkapi dengan pintu pagar bagi menjamin keselamatan para penyewa ketika menginap di homestay kami ini. Juga terdapat ruang untuk meletakkan kereta.


Ruang Tamu

 
Ruang Tamu kami dilengkapi dengan set lengkap sofa dan televisyen serta penghawa dingin bagi menjamin keselesaan anda untuk beristirehat di ruang tamu di samping keadaan sekeliling yang bersih dengan hiasan dinding yang menarik dan ruang yang agak luas.

Ruang Makan dan Dapur

Tidak lengkap sebuah homestay yang menarik jika tiada ruang dapur. Bagi melengkapkan kemudahan di homestay ini, kami menyediakan ruang dapur yang selesa berserta kelengkapan untuk makan dan minum dengan ruang makan lengkap dengan kerusi dan meja makan. Pasti anda tiada masalah untuk menyediakan juadah sendiri dan menjamu selera dengan kelengkapan sedia ada di homestay kami ini.

Bilik Tidur Utama

 
Tidur anda pasti diulit mimpi yang indah di ruang bilik utama homestay ini yang lengkap dengan sebuah katil bersaiz Queen, meja solek, Almari pakaian dan penghawa dingin. Bilik utama homestay ini juga dilengkapi dengan sebuah bilik air, pasti lebih memudahkan anda untuk menggunakkannya tanpa keluar dari bilik.

Bilik Tidur Kedua

Bagi anda yang mempunyai keluarga yang ramai atau datang dengan jumlah ramai tidak perlu khuatir dengan ruang untuk beristirehat dan tidur kerana homestay ini mempunyai sebuah lagi bilik yang lengkap dengan 2 unit katil single, rak pakaian serta cermin untuk menghias diri. Keselesaan anda keutamaan kami.

Bilik Ketiga

Untuk bilik ketiga ini, kami menyediakan ruang khas untuk solat berjemaah bagi menjamin keselesaan anda untuk beribadat. Bilik ini juga digunakan untuk ruang beristirehat dan tidur sekiranya ruang di bilik-bilik yang ada telah penuh. Lengkap dengan tilam dan bantal tambahan.
 
Selamat beristirehat di homestay kami ini. Semoga anda selesa menggunakan segala kemudahan yang ada di homestay kami ini. Terima kasih kami ucapkan kepada para pengunjung Homestay Al-Azim.